Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Tarikh Tutup: 30 April 2020

Kekosongan Jawatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



Maklumat Jawatan Kosong

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Akademi Pintar Pendang, Kedah.

Nama Jab / Kem : Kementerian Pendidikan Malaysia

Lokasi : Kedah

Sektor : Kerajaan

Jawatan : Pengetua Gred DG52

Kelayakan Khusus : Sarjana/Sarjana Muda Bidang Sains / Teknologi / Kejuruteraan / Matematik; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 10 tahun; serta Pengalaman pentadbiran sekurang-kurangnya 5 tahun. Mempunyai sijil NPQEL/ NPQH

Jawatan : Guru Penolong Kanan Gred DG48

Kelayakan Khusus : Sarjana/Sarjana Muda Bidang Umum; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.

Jawatan : Guru Kaunseling Gred DG48

Kelayakan Khusus : Sarjana/Sarjana Muda Bidang Kaunseling/ Psikologi atau Sarjana/Sarjana Muda Psikologi Klinikal / Kaunseling Klinikal.

Jawatan : Guru Akademik (Bidang STEM) Gred DG48/DG44/DG41

Kelayakan Khusus : Sarjana/Sarjana Muda Bidang Sains / Teknologi / Kejuruteraan / Matematik; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.

Jawatan : Guru Akademik Gred DG48/DG44/DG41

Kelayakan Khusus : Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Berkaitan Mata Pelajaran; danPengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.

Syarat dan Kelayakan

Kelayakan Umum
  • Warganegara Malaysia.
  • Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
  • Berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengendalian komputer.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi 3 tahun berturut-turut (2017-2019).
  • Bebas daripada tindakan tatatertib.
  • Telah mengisytiharkan harta.
  • Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Maklumat Tambahan
  • Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan kemahiran PdPc pelbagai.
  • Bersedia mencabar minda murid
  • Boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
  • Cekap dan berinisiatif.
  • Mempunyai potensi dan kewibawaan yang tinggi.
  • Mempunyai integriti dari segi penampilan dan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam.

    Cara Memohon

    Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan secara atas talian di laman sesawang https://pintarcerdas.com bermula ( 9 Mac – 30 April 2020)

    Permohonan yang berjaya akan dihubungi dalam tempoh 3 bulan dan mestilah menyerahkan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini
    • Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun berturut-turut (2017 – 2019)
    • Sijil Kelayakan Akademik dan Ikhtisas
    • Kad Pengenalan
    • Surat Lantikan
    • Surat Kenaikan Pangkat
    • Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
    • Surat Pemakluman Pengisytiharan Harta
    • Lain-lain Sijil/Surat Penghargaan
    • Diperakui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

    Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan adalah ditolak.

    Kaedah Pelaksanaan
    • Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
    • Segala perbelanjaan berkaitan penghantaran borang permohonan dan temuduga, iaitu kos penginapan, pengangkutan serta makan minum adalah di bawah tanggungan pemohon.

    Pertanyaan
    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini, boleh hubungi Sektor Pengurusan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400

    TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA ATAU SEBELUM  30 APRIL 2020 

    DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA