Jawatan Kosong MITI / Menteri Penasihat (Hal Ehwal Ekonomi) PTD | Tarikh Tutup: 05 Mei 2020

Kekosongan Jawatan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).



Dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ingin mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Penasihat (Hal Ehwal Ekonomi) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Gred M52 di Pejabat MITI Luar Negeri Jakarta, Indonesia.

SYARAT - SYARAT LANTIKAN:

Syarat-syarat permohonan:
  • i. Pegawai terdiri dari jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M52 sahaja;
  • ii. Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  • iii. Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun terkini (2017, 2018 dan 2019) tidak kurang 85%;
  • iv. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
  • v. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  • vi. Bebas daripada sebarang tindakan atau hukuman tatatertib;
  • vii. Bebas daripada senarai kebankrapan dan senarai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; viii. Telah mengisyitiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa; dan 
  • ix. Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik dan diperakui oleh pegamal perubatan berdaftar.

Keutamaan permohonan:
  • i. Keutamaan diberikan kepada pegawai yang mempunyai pengalaman dalam bidang perdagangan antarabangsa dan mempunyai kemahiran berbahasa tempatan dan mahir berbahasa Inggeris.
  • ii. Mempunyai pengalaman dalam tugas Pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan asset, serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
  • iii. Mempunyai pemikiran analitikal dan kritikal; iv. Mempunyai kemahiran perundingan dan interpersonal; v. Mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif; dan vi. Mempunyai kebolehupayaan menggunakan teknologi informasi pada tahap yang baik.

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapatkan melalui pautan di bawah dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

a) Senarai tugas pegawai terkini;
b) Satu (1) maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan;
c) Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini; dan
d) Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (2017, 2018, dan 2019).

Semua permohonan perlu dikemukakan menerusi Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan masing-masing kepada e-mel overseas@miti.gov.my 

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 5.00 petang, 5 Mei 2020 (Selasa). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh dan masa yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA