Jawatan Kosong SPA Negeri Perak | Tarikh Tutup: 01 Jun 2020

Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan di SPA Negeri Perak seperti yang dinyatakan di bawah :

JAWATAN : PEGAWAI HAL EHWAL AGAMA GRED S41
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Jadual Gaji : RM2,078.00 - RM9,544.00
Syarat Lantikan :
  • (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00); atau
  • (ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86). 

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,003.00
Syarat Lantikan :
  • (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED N19
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Jadual Gaji : RM1,353.00 - RM4,005.00
Syarat Lantikan :
  • (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
  • (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
  • (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
  • (v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

JAWATAN :PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Jadual Gaji : RM1,218.00 - RM2,939.00
Syarat Lantikan :
  • (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • (ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
  • Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu: Lesen D RM 1,264.15, Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30, Lesen F/H RM 1,356.45, Lesen G/I RM 1,402.60

Cara Memohon

Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dibuat secara online (atas talian) SAHAJA dengan Melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : http://www.spa.gov.my

Bagi pemohon luar yang pertama kali menggunakan sistem ini, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Bagi calon yang sedia ada yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini, anda boleh menggunakan ID, kata laluan dan data terdahulu untuk memohon jawatan. Maklumat yang diberi hendaklah yang terkini dan pastikan anda mengemaskini maklumat yang telah dimasukkan terdahulu.

Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh akhir permohonan adalah pada atau sebelum  01 JUN 2020 

Lokasi : Perak

Sektor : Kerajaan

Iklan dan syarat permohanan jawatan disini : IKLAN PENUH JAWATAN

DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA