Jawatan Kosong UNISEL / Pembantu Pembersihan Awam | Tarikh Tutup: 30 April 2020

Kekosongan Jawatan di Universiti Selangor (UNISEL).


Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

JAWATAN : PEMBANTU PEMBERSIHAN AWAM

Gred : Lump Sum

Jabatan : Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (Bestari Jaya)

Kumpulan : Khidmat Sokongan II

Status Lantikan : Pelantikan Kontrak

Jumlah Kekosongan : 16 orang (12 orang perempuan & 4 orang lelaki)

Tempoh Lantikan : Satu (1) tahun untuk setiap lantikan tertakluk kepada keputusan Pengurusan Universiti

Jadual Gaji : Lump Sum - RM1300.00

Ringkasan Jawatan :
Jawatan ini diwujudkan bagi pengurusan pembersihan awam seperti pembersihan keseluruhan bangunan seperti pejabat, tandas, ruang/bilik, koridor, lobi, foyer, stor, longkang dan lain-lain tugas yang ditetapkan oleh pihak UNISEL di Bangunan Canseleri, Masjid, Perpustakaan, Dewan Canselor, Pusat Sukan, Perumahan Staf, Post Guard dan Food Valet. Perkhidmatan pembersihan ini adalah bagi memastikan kawasan awam di bawah tadbiran UNISEL sentiasa dalam keadaan bersih dan indah.

Syarat Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan jawatan dan sihat tubuh badan; 
  • Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; 
  • Berpengalaman dalam bidang pembersihan akan diberikan keutamaan; 
  • Boleh bertugas dengan arahan yang minimum; 
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan 
  • Boleh bekerja lebih masa sekiranya diarahkan. 

Tatacara Memohon :
a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :
  • Latar belakang peribadi (termasuk No. Kad Pengenalan), keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;
  • Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja;
  • Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor
Tel : 03-3280 5058 ext : 5077
c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 30 April 2020.

e) Lain-lain:
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA