Jawatan Kosong Terkini Universiti Malaya (UM) | Tarikh Tutup: 28 April 2020

Kekosongan Jawatan di Universiti Malaya (UM).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Malaya (UM) seperti yang dinyatakan di bawah :

JAWATAN : PEMBANTU OPERASI GRED N11

Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

Jadual Gaji : RM1,216.00 - RM2,983.00

Syarat Lantikan :
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,216.00); atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lessen memandu kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lessen memandu dalam tempoh percubaan (P)]. (Gaji Permulaan : RM1,262.15); dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga /PMR

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas am pentadbiran di pejabat/bilik kuliah/makmal/bengkel/stor bagi melicinkan perjalanan tugas harian. Tugas-tugas ini termasuk tugas am pentadbiran dan bersifat hands on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/makmal/bengkel/stor termasuk memandu dan menyelenggara kenderaan sekiranya diperlukan.

    Cara Memohon :
    Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dibuat secara online (atas talian) SAHAJA dengan Melayari Laman Web e-Recruitment University of Malaya di alamat https://e-recruitment.um.edu.my ATAU sila klik pada pautan iklan penuh jawatan yang kami sediakan di bawah.

    Bagi pemohon luar yang pertama kali menggunakan sistem ini, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

    Bagi calon yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini, anda boleh menggunakan ID, kata laluan dan data terdahulu untuk memohon jawatan. Maklumat yang diberi hendaklah yang terkini dan pastikan anda mengemaskini maklumat yang telah dimasukkan terdahulu.

    Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

    Tarikh akhir permohonan adalah pada atau sebelum 28 APRIL 2020

    Lokasi : Kuala Lumpur

    Sektor : Kerajaan

    Iklan dan permohanan jawatan secara online disini : IKLAN PENUH JAWATAN

    DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA