Jawatan Kosong Kementerian Luar Negeri | Tarikh Tutup: 31 Mei 2020

Kekosongan Jawatan di Kementerian Luar Negeri.



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Kementerian Luar Negeri.

1. Penolong Pengarah (Gred 44 Terbuka) (Secara Kontrak), Bahagian Komunikasi Strategik Digital.

Keperluan & Syarat Kelayakan :
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau setaraf. Calon-calon dengan kelulusan dalam bidang Sains Sosial akan diberi keutamaan. Calon-calon yang berkelulusan Sarjana atau yang lebih tinggi amat dialu-alukan;
  • Pengalaman dalam pengurusan projek turut diberi keutamaan;
  • Kreatif, boleh bekerja di bawah penyeliaan minimum dan berdedikasi;
  • Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

2. Pegawai Penyelidik (Gred 41 Terbuka) (Secara Kontrak), Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan.

Keperluan & Syarat Kelayakan :
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau setaraf. Calon-calon dengan kelulusan dalam bidang Hubungan Antarabangsa, Keselamatan Antarabangsa atau Sains Politik akan diberi keutamaan. Calon-calon yang berkelulusan Sarjana atau yang lebih tinggi amat dialu-alukan.
  • Kreatif, boleh bekerja di bawah penyeliaan minimum dan berdedikasi.
  • Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Pengalaman di dalam melaksanakan kajian dan analisis merupakan satu kelebihan

SYARAT - SYARAT UMUM:
Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Mempunyai kelulusan atau kelayakan akademik yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan. Cth: (PMR/PT3/SPM/SPMV/STPM/SKM/Diploma/Ijazah)
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan.
Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Mempunyai keterampilan yang baik.
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  • Mempunyai bakat kempimpinan.
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang

CARA MEMOHON:
Bagi calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, silakan rujuk maklumat  terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan cara untuk memohon jawatan melalui pautan berikut:

Link

Tarikh akhir permohonan adalah pada atau sebelum  31 MEI 2020 

Lokasi : Kuala Lumpur

Sektor : Kerajaan

DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA