SPA8i New : Panduan Pengguna Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8i).



DAFTAR MYID

a) Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja;

b) Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan di laman utama SPA8i atau terus ke URL berikut:

i. putra2.spa.gov.my/spa8i 

ii. putra12.spa.gov.my/spa8i 

c) Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di bawah:


d) Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

e) Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel. 

f) Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan. 

g) Selepas semua medan diisi, klik butang  DAFTAR

h) Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang SEMULA

i) Sekiranya anda mendapat ralat berikut, semak semula medan yang dinyatakan:-

Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan Tidak Sama
Pastikan medan kata laluan dan medan sahkan kata laluan yang dimasukkan sama 

Kod Keselamatan Salah
Pastikan kod yang betul dimasukkan kerana kod adalah case-sensitive

Maaf! No K/P atau nama tidak tepat. Sila masukkan No K/P dan nama seperti yang tertera di Kad Pengenalan
Nombor kad pengenalan dan nama mestilah sama seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan 

Tahniah! Pendaftaran Berjaya! 
Anda boleh terus log masuk ke SPA8i menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.

LUPA KATA LALUAN

a) Anda boleh reset kata laluan dengan klik pada pautan Lupa Kata Laluan di laman utama SPA8i atau terus ke URL berikut:

i. putra2.spa.gov.my/spa8i 

ii. putra12.spa.gov.my/spa8i 

b) Skrin Lupa Kata Laluan akan dipaparkan seperti di bawah:


c) Anda boleh memilih untuk reset kata laluan menggunakan dua pilihan iaitu:

i. Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran) 

ii. Alamat Pada Kad Pengenalan Secara automatik pilihan (i) akan dipilih. Jika anda ingin mengubah pada pilihan (ii), sila tukar pilihan anda di medan Jenis Soalan Keselamatan. Skrin di bawah akan dipaparkan.


d) Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.


i) Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR

ii) Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang SEMULA

iii) Anda boleh log masuk terus ke SPA8i sekiranya reset kata laluan berjaya. 

Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk reset kata laluan, sila emelkan perkara berikut dan screenshot ralat kepada spa8i@spa.gov.my. 

Nombor Kad Pengenalan:
Nama Penuh: 
Nama Ibu: (Ketika Pendaftaran MyID) 
Negeri Kelahiran Calon: (Ketika Pendaftaran MyID) 
Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan:

CARA MENGISI SPA8i

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar. 


Langkah-langkah: 

1. Skrin Daftar Masuk SPA8i


PERINGATAN: Calon mestilah masukkan MyID dan KATA LALUAN dengan BETUL dan TEPAT untuk mengelakan kegagalan login ke Borang SPA8i.

2. Pemohon hendaklah mengisi MyID dan Kata Laluan dengan betul dan klik pada pautan Log Masuk.

3. Seterusnya, jika tiada sebarang ralat, skrin seperti di bawah akan dipaparkan:


4. Pemohon boleh klik pautan KATA LALUAN/SOALAN KESELAMATAN untuk menukar kata laluan atau kod keselamatan, skrin Tukar Kata Laluan seperti di bawah akan dipaparkan:


PERINGATAN: Calon mestilah INGAT kata laluan baharu setiap kali lakukan Tukar Kata Laluan.

5. Pemohon boleh klik pautan Tukar Jawapan Soalan Keselamatan untuk menukar soalan keselamatan, skrin Tukar Jawapan Soalan Keselamatan seperti di bawah akan dipaparkan:


PERINGATAN: Calon mestilah INGAT Nama Ibu yang didaftarkan di awal Pendaftaran SPA8i di lakukan.

Maklumat Pemohon

1. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”:


2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

3. Untuk makluman, Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian

4. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.

Maklumat Akademik

1. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Setelah Pautan “Maklumat Akademik” ditekan

PT3/PMR/SRP/LCE 

1. Klik pada pautan PT3/PMR/SRP/LCE dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Keputusan PT3/PMR/SRP/LCE

2. Klik pada ruang Tahun dan pemohon perlu memasukkan Tahun Peperiksaan PT3/PMR/SRP/LCE yang diduduki. Seterusnya, skrin seperti di bawah akan dipaparkan:


3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

4. Pilih Mata Pelajaran dan Gred yang berkenaan. Jika pemohon mempunyai jumlah Mata Pelajaran melebihi daripada ruang yang disediakan, tekan butang “+ Tambah”

5. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

SPM/MCE/SPM (V) 

1. Klik pada pautan SPM/MCE/SPM (V). Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Keputusan SPM/MCE/SPM (V)
PERINGATAN: Calon yang menduduki SPM bermula tahun 2000 (SPM kali pertama), keputusan SPM akan automatik di paparkan daripada Lembaga Peperikssan Malaysia (LPM). Calon hanya klik icon (-) di sebelah kanan untuk hapuskan maklumat SPM. Pilih semula tahun SPM dan tunggu beberapa saat untuk paparan auto dan buat semakan. Bagi calon SPM bawah 2000 (cth : 1999, 1998,1997 dan seterusnya), perlu masukkan keputusan secara manual (satu persatu)

2. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM (V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan Kali Pertama. 

3. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Jika maklumat pemohon wujud di Lembaga Peperiksaan Malaysia, maklumat akan dipaparkan dan tidak dibenarkan membuat perubahan. 

4. Sila pilih Jenis Sijil peperiksaan yang diduduki. 

5. Sila pilih Pangkat yang diperolehi. Kosongkan ruang Pangkat bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka. 

6. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan ruang tersebut bagi pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka. 

7. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dalam ruang Gred kerana subjek tersebut wajib diisi. 

8. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. 

9. Jika pemohon mempunyai jumlah Matapelajaran melebihi daripada ruang yang disediakan, tekan butang “+ Tambah”. 

10.Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan. 

11. Untuk makluman, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) - Peperiksaan Kali Kedua (jika berkenaan) adalah untuk diisi oleh pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka Sahaja. Jika berkaitan, tekan pautan Peperiksaan Kali Kedua. 

12. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Peperiksaan Tambahan 

1. Klik pada pautan Peperiksaan Tambahan, skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Peperiksaan Tambahan

2. Jika berkaitan, pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

3. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

STPM/STP/HSC

1. Klik pada pautan STPM/STP/HSC dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Peperiksaan STPM/STP/HSC

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan.
c. Sila pilih Mata Pelajaran dan Gred yang diperolehi.
d. Hanya lima (5) mata pelajaran yang dibenarkan untuk diisi. 

2. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan. 

3. Untuk makluman, Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC - Peperiksaan Kali Kedua adalah hanya untuk diisi oleh pemohon yang menduduki peperiksaan tersebut dua (2) kali. Jika berkaitan, tekan pautan Peperiksaan Kali Kedua.

4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

STAM

1. Klik pada pautan STAM dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Peperiksaan STAM

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan. 
c. Sila pilih Mata Pelajaran dan Gred yang diperolehi. 
d. Hanya lima (5) mata pelajaran yang dibenarkan untuk diisi. 

2. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan. 

3. Untuk makluman, Keputusan Peperiksaan STAM - Peperiksaan Kali Kedua adalah hanya untuk diisi oleh pemohon yang menduduki peperiksaan tersebut dua (2) kali. Jika berkaitan, tekan pautan Peperiksaan Kali Kedua. 

4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Pengajian Tinggi 

1. Klik pada pautan Pengajian Tinggi dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Pengajian Tinggi
PERINGATAN: Bagi kolum Institusi yang mengeluarkan sijil adalah bermaksud: Institusi yang mengeluarkan sijil Ijazah/Diploma/ Sijil yang diterima semasa graduasi dan BUKAN tempat Kolej/Universiti calon belajar.

2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

3. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan. 

4. Klik pada Keputusan - 2 atau Keputusan - 3 jika mempunyai lebih daripada satu (1) sijil Pengajian Tinggi. Kemudian ulangi langkah yang dinyatakan seperti di atas. 

5. Jika mempunyai lebih daripada tiga (3) sijil Pengajian Tinggi, klik pada butang + bersebelahan dengan Keputusan – 3. Jumlah maksima maklumat Pengajian Tinggi yang boleh dimasukkan adalah lima (5) sahaja.

Profesional / Iktisas / SKM/SVM

1. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan iktisas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 

2. Klik pada pautan Profesional / Iktisas / SKM / SVM dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Sijil Profesional / Iktisas / SKM / SVM

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Maklumat Ko-Kurikulum

Sukan / Persatuan 

1. Klik pada pautan Sukan / Persatuan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: 

Skrin Maklumat Sukan / Persatuan
PERINGATAN: Calon hanya memasukkan Sukan dan Persatuan yang TERTINGGI sahaja bagi Sukan dan Persatuan yang SAMA.

2. Sila pilih sukan yang disertai pada ruangan Sukan dan pilih juga peringkat penyertaan pada ruangan Peringkat.

3. Sila isikan Nama Persatuan / Kepimpinan yang disertai pada ruangan Nama Persatuan dan pilih jawatan yang disandang serta peringkat penyertaan pada ruangan Jawatan dan Peringkat. 

4. Klik butang “+ Tambah” jika ingin menambah aktiviti sukan atau persatuan. 

5. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat sukan dan persatuan lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat sukan dan persatuan yang telah dimasukkan.

Rekacipta / Pencapaian

1. Klik pada pautan Rekacipta / Pencapaian dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Rekacipta / Pencapaian

2. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi, pilih Sumbangan yang diberikan dan Peringkat penyertaan (jika ada).

3. Klik butang “+ Tambah” jika ingin menambah jenis Rekacipta dan Inovasi, kategori sumbangan serta peringkat penyertaan. 

4. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat Rekacipta dan Inovasi lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat Rekacipta dan Inovasi yang telah dimasukkan. 

5. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (jika ada). 

6. Klik butang “+ Tambah” jika pemohon mempunyai lebih daripada satu (1) Pencapaian Khas / Istimewa. 

7. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat Pencapaian Khas / Istimewa lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat Pencapaian Khas / Istimewa yang telah dimasukkan. 

8. Tekan pautan Tiada Ko-Kurikulum dan klik butang “Tiada Maklumat Kokurikulum” jika pemohon tidak menyertai sebarang aktiviti ko-kurikulum.

Pegawai Sedang Berkhidmat 

1. Menu ini akan dipaparkan jika pemohon memilih “YA” pada soalan “Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis?”. Soalan tersebut terdapat pada skrin Maklumat Pemohon. 
  • Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga.
2. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Pengalaman Bekerja di Sektor Awam” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
PERINGATAN: Calon yang tidak lagi berkhidmat dengan Kerajan, mesti klik butang HAPUS (-) bagi maklumat PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT terlebih dahulu dan kemudian pilih TIDAK dan SIMPAN di menu Maklumat Pemohon.

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

4. Pemohon yang menduduki Peperiksaan PSL perlu mengisi Tarikh Lulus Peperiksaan PSL dan lakukan carian untuk Jenis Peperiksaan. 

5. Jika pemohon menduduki lebih daripada satu (1) Peperiksaan PSL, tekan butang “+ Tambah” untuk menambah ruang yang berkenaan.

6. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Maklumat Tambahan

1. Klik pada pautan Maklumat Tambahan. Skrin seperti berikut akan dipaparkan: 

Skrin Apabila Pautan “Maklumat Tambahan” Ditekan

Bakat / Kebolehan Bahasa

1. Ruang Bakat hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Bakat dan Seni.

2. Sila pilih Kebolehan Bahasa / Dialek Selain Bahasa Melayu dan tahap Penguasaan pemohon bagi setiap Bahasa / Dialek tersebut (jika ada).

3. Jika pemohon mempunyai lebih daripada tiga (3) Bakat atau Kebolehan Bahasa, tekan butang “+ Tambah” untuk menambah ruang yang berkenaan.

4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Bekas Tentera / Polis

1. Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada bekas tentera atau bekas polis. 

Skrin Maklumat Bekas Tentera / Polis
PERINGATAN: Ruangan diisi oleh Bekas Tentera / Polis yang menerima ganjaran dan BUKAN maklumat tersebut diisi dimenu Pegawai Sedang Berkhidmat.

2. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Penerima Bantuan / Kurang Upaya

1. Klik pada pautan Penerima Bantuan / Kurang Upaya. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Maklumat Penerima Bantuan / Kurang Upaya

2. Ruang Penerima Bantuan hanya perlu diisi sekiranya ibu / bapa / pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat.

3. Ruang Kurang Upaya pula adalah untuk diisi oleh pemohon yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja. 

4. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan. 

5. Tekan pautan Tiada Maklumat Tambahan dan klik butang “Tiada Maklumat Tambahan” jika pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan.

Jawatan Dipohon

1. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPA” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” seperti berikut akan dipaparkan: 

Skrin Apabila Menu “Jawatan Dimohon” Ditekan
PERINGATAN: Calon hanya boleh memohon maksimum 15 jawatan SPA dan 2 jawatan PDRM (keseluruhan 17 jawatan). Pastikan jumlah jawatan keseluruhan adalah betul untuk memastikan jawatan dimohon tidak akan hilang apabila klik butang SIMPAN.

2. Dimaklumkan bahawa jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon. Oleh itu, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.

3. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.

4. Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<. 

5. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan. 

6. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.

7. Klik pada sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Polis Di Raja Malaysia atau Agensi-agensi Kerajaan yang lain.

8. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan. 

9. Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan. Namun demikian, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih.

Pengakuan Pemohon

1. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Skrin Pengakuan Pemohon
PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan diSIMPAN

2. Sila pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.

3. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.

4. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.

5. Resume seperti rajah di bawah akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.


6. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

PERINGATAN: Pastikan semua maklumat adalah sama seperti maklumat yang di daftarkan.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”. Langkah-langkah: 1. Apabila pautan “Semakan Permohonan” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan: 


PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai di SPA dan jika tidak sila semak semula maklumat yang dimasukkan. Pastikan medan bertanda (*) dipenuhkan.

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mengalami masalah atau kesukaran untuk melengkapkan permohonan, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada ePertanyaan SPA.

Sila salurkan pertanyaan atau aduan anda beserta
  • Nombor kad pengenalan
  • Nama penuh
  • Keterangan masalah
Anda juga boleh menghubungi hotline SPA atau menyalurkan pertanyaan atau aduan melalui talian 03- 8885 6000.

DAFTAR INFO KERJA KOSONG PERCUMA